Friday, 18 December 2015

ISIS isytihar perang terhadap Arab Saudi



Berdasarkan video terbaru yang dikeluarkan oleh kumpulan pengganas dan ektremis, Islamic State (ISIS), mereka telah mengisytiharkan perang terhadap Arab Saudi berikutan keputusan kerajaan Arab Saudi dalam membentuk pakatan ketenteraan yang melibatkan 34 negara - termasuklah Malaysia dan beberapa negara Islam lain.

Wednesday, 16 December 2015

10 Fakta Menarik Yang (Mungkin) Anda Tidak Tahu


Berikut merupakan 10 fakta yang MUNGKIN anda tidak tahu:

1. Pada tahun 1492, Monarki Katolik Sepanyol telah meluluskan satu undang-undang yang mengharamkan orang Yahudi daripada tinggal di Sepanyol. Berikutan itu, Sultan Bayezid iaitu pemerintah Turki Uthmaniyyah pada ketika itu, telah menghantar tentera laut ke Sepanyol untuk menyelamatkan orang Yahudi daripada dihukum akibat lulusnya undang-undang tersebut.

Tuesday, 15 December 2015

Arab Saudi umum pakatan ketenteraan melibatkan 34 negara, memerangi ISIS

15 Disember 2015.
ARAB NEWS - SOURCE FROM HERE

Kerajaan Arab Saudi melalui Menteri Pertahanannya iaitu Salman yang juga merupakan timbalan
kepada Putera Saudi telah mengumumkan bahawa Arab Saudi telah menubuhkan suatu pakatan
ketenteraan yang bertujuan untuk mengkoordinasikan pelan serangan terhadap pertubuhan
pengganas.

Wednesday, 9 December 2015

Usaha ekstradisi Alvin, masih berjalan

KUALA LUMPUR – Usaha mengekstradisi blogger kontroversi, Alvin Tan yang dipercayai berada di Amerika Syarikat, masih lagi sedang berjalan, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata pihaknya dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) giat mencari jalan membawa balik individu tersebut untuk dihadapkan ke muka pengadilan atas kesalahan yang dilakukan.

Monday, 15 June 2015

Mesej Tegas Tunku Mahkota Johor; A stern message by TMJ against Nazri's warning

Tunku Mahkota Johor.



MESEJ UNTUK RAKYAT MALAYSIA


Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda. Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?

Friday, 12 June 2015

Cara Block Iklan/Ad YouTube Dengan Script (June; 2015)

Terdapat beberapa cara untuk block iklan atau advertisements dalam video, di antaranya dengan menggunakan Ad-Block tetapi dalam entri kali ini, saya khususkan dengan cara menggunakan script.