| ARAB NEWS - SOURCE FROM HERE |
Kerajaan Arab Saudi melalui Menteri Pertahanannya iaitu Salman yang juga merupakan timbalan
kepada Putera Saudi telah mengumumkan bahawa Arab Saudi telah menubuhkan suatu pakatan
ketenteraan yang bertujuan untuk mengkoordinasikan pelan serangan terhadap pertubuhan
pengganas.
Salman juga memberitahu kepada media bahawa pakatan tersebut bukan hanya akan menyerang ISIS/ISIL/Daesh tetapi juga menyerang pertubuhan pengganas lain yang telah memporak perandakan geopolitik Timur Tengah. Antara negara yang terlibat dalam pakatan 34 negara ialah Arab Saudi, Pakistan, Turki, Malaysia dan Nigeria. Qatar dan UAE juga turut serta
dalam pakatan tersebut dalam memerangi pengganas.
Tindakan Arab Saudi ini adalah sebagai tindak balas kepada ancaman pengganas yang telah
meningkat saban hari dan melihat bahawa keadaan sudah sememangnya teruk dengan berlakunya
pelarian dari Syria yang berjumlah sekurang-kurangnya 1 juta orang, Arab Saudi telah mengambil tindakan tersebut. Arab Saudi juga berkata mereka akan bekerja secara rapat dengan negara yang terlibat dalam pakatan tersebut.
Malaysia, khususnya, sememangnya memegang reputasi yang baik dalam penglibatan operasi mengekalkan keamanan sehingga berjaya mendapat keahlian dalam United Nations Security Council (UNSC) yang mempunyai kuasa besar sehingga boleh memasuk campur sekiranya keadaan
di sesebuah negara itu telah bergolak. Sebagai contoh, Libya, Bosnia dan sebagainya pada
tahun yang lalu.
Namun begitu, Iran, Syria dan Iraq tidak terlibat dalam paktan tersebut. Menurut Salman juga, Arab Saudi akan menubuhkan suatu pusat operasi untuk merancang pelan dalam mengkoordinasi serangan terhadap pengganas.
Negara seperti Turki juga turut menyatakan hasrat untuk bekerjasama dalam pakatan tersebut.
Sumber berita daripada:
http://www.theguardian.com/world/2015/dec/14/saudi-arabia-announces-military-alliance-terrorism
http://www.arabnews.com/featured/news/850596
No comments:
Post a Comment